VIDEO: Perompak ‘Bangang’ Tertembak Kaki Sendiri!


Dengan gaya ala-ala koboi, sekumpulan perompak telah menyerbu sebuah bank di Parana, Brazil.
Salah seorang daripada mereka, dengan berlagaknya memegang dua pucuk pistol sambil memerhatikan rakan-rakannya memasukkan wang ke dalam karung.
Entah di mana silapnya, tiba-tiba lelaki tersebut terpetik picu salah sebuah pistol yang dipegangnya menyebabkan ia meletup dan mengenai kaki kanannya sendiri.
Apa lagi terhincut-hincutlah lelaki tersebut ketika melarikan diri daripada bank berkenaan.
Menariknya, kejadian yang berlaku itu berjaya dirakamkan CCTV dan tersebar di seluruh dunia setelah ia didedahkan oleh pihak polis negara tersebut!
Malang bertimpa bagi lelaki berkenaan kerana dia berjaya diberkas pada malam itu juga ketika cuba mendapatkan rawatan di hospital.
Polis kini sedang berusaha memburu saki-baki anggota kumpulan penjenayah tersebut –Mynewshub.my

1 comments:

eddy said...

hahaha.. mmg sah bangang..

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story