[3 Photo] Neelofa Kini Sudah Berpunya? Gambar Neelofa di Malam Gala Filem AZURA


Tidak keterlaluan jika Budiey katakan bahawa nama figura Neelofa akan terus melonjak naik dengan filem AZURA. Kenapa Budiey berkata begitu? Ouch! Bukanlah Budiey mahu menyebelahi sangat artis satu negeri dengan Budiey. ini kerana, apa yang lebih jelas di mata Budiey, bakat lakonan Neelofa sangat menyerlah dan boleh Budiey katakan lakonan Neelofa SUKSES dalam filem Azura. LULUS!
Lontaran suara yang gemersik, gerakan bahasa badan, karakter sebagai gadis yang gigih dan tabah menghadapi rintangan hidup bernama Azura yang direalisasikan oleh Neelofa membuktikan bakat dan kesungguhan beliau. Cuma, semasa menonton filem Azura semalam, Budiey rasakan Neelofa terlalu cantik untuk watak Azura.
Mata Neelofa yang galak, kulitnya yang putih melepak lagi mulus dan gebus membuatkan penonton rasa terpukau. Oh, kita tak perlu huraikan secara terperinci tentang fizikal Neelofa yang gojes kerana apa yang lebih penting dari itu, Neelofa membuktikan keupayaannya untuk menjadi pelapis sudah menampakkan impaknya. Bayangkan semasa mula-mula berlakon filem Azura, Neelofa tidak ada asas lakonan dan tidak ada pengalaman berlakon pun sebelum ini. Malah, Neelofa tak pernah terfikir untuk berlakon pun. Segalanya adalah hasil usaha pengarah Aziz M. Osman yang berjaya mencorakkan dan mengajar Neelofa selok belok berlakon.
Semasa memilih untuk berlakon, Neelofa belum lagi terlibat dengan Pertandingan Dewi Remaja. Untuk memilih berlakon dalam filem ini, Neelofa fikir banyak kali samada nak ambil job ni ke tak? Jadi, Neelofa beranikan diri untuk mencabar kemampuan diri sendiri untuk berlakon meskipun dia tak ada ilmu tentang dunia lakonan.
Bagi Aziz M. Osman pula, antara sebab mengambil Neelofa untuk pegang watak Azura kerana Neelofa seorang yang fotogenik, muka dia timbul jelas, ada X-Factor dan ada aura karakter apabila ditonton di skrin. Sebelum itu pun, Neelofa pernah datang ke sesi ujibakat yang dibuat oleh pembantu produksi Aziz M. Osman, antara kelemahan Neelofa masa tu ialah Neelofa ini bercakap terlalu cepat dan laju.
Mengikut kata Aziz M. Osman pula watak Azura dalam filem ini boleh dijadikan sebagai satu ikon dan contoh kepada masyarakat. Jadi, ikon watak Azura ini boleh dijadikan contoh kepada wanita di luar sana kerana ia begitu gigih dan cekal mengharungi kehidupan.
Ya, semalam berlangsungnya Majlis Malam Gala Filem AZURA di GSC, One Utama, Bandar Utama yang dihadiri oleh sebahagian besar penggerak utama dan juga pengarah filem ini, Aziz. M.Osman. Selain media, malam gala ini diserikan juga dengan kehadiran ramai artis, selebriti serta penyanyi yang membawa lagu-lagu romantis dalam filem Azura.
Setelah menonton filem Azura, Budiey dapati macam-macam reaksi dan pendapat tentang AZURA. Apa-apa pun, kita tunggu respon dari penonton yang akan menonton filem romantik ini mulai 2 Februari 2012 di pawagam. – budiey

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story