HEBAT, Dah14 Tahun Berlalu, Kuch Kuch Hota Hai Masih Mampu Tarik 3 Juta Penonton Di TV3!



KUALA LUMPUR – Siapa sangka filem komedi romantik gandingan lakonan Shah Rukh Khan dan Kajol yang mendapat gelaran Golden Couple in Bollywood menerusi filem berjudul Kuch Kuch Hota Hai merupakan pilihan utama para penggemar filem Bollywood di negara ini.
Sambutan itu dapat dilihat apabila Kuch Kuch Hota Hai yang ditayangkan di TV3 menerusi slot Panggung Sabtu pada 11 Februari lalu berjaya meraih jumlah penonton tertinggi iaitu hampir 3 juta menurut sumber daripada Nielsen Audience Measurement.
Menurut sumber rasmi daripada Media Prima Berhad yang menaungi TV3, slot Panggung Sabtu di TV3 itu terbukti berjaya memberi impak yang hebat bukan sahaja menerusi jalan ceita yang bagus, malah tiada siapa dapat menyangkal kehebatan dan keserasian di antara pelakon popular Shah Rukh Khan, Kajol dan Rani Mukherjee.
“Filem Kuch Kuch Hota Hai merupakan filem Hindi box-office pada tahun 1998 yang berjaya menarik perhatian para penonton bukan sahaja melalui gandingan tiga pelakon popular terbabit tetapi juga jalan cerita serta lagu-lagunya yang menarik,” kata sumber rasmi TV3 tersebut. – mynewshub.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story