Malaysian police Evo 10 chasing Satria GTi and Proton Wira





0:00~5:07 (Chasing Satria GTi
Team Eagle (Malaysian police Evo 10) telah mengejar Proton Satria GTi yang disyaki penjenayah apabila suspek cuba melarikan diri
daripada sekatan jalan raya. Setelah diperiksa, kenderaan terbabit disyaki hilang kurang daripada 24jam. Suspek dikatakan memandu dengan kelajuan lebih 180km/j. Suspek juga telah melanggar beberapa lampu merah serta cuba mengelirukan pihak polis. Suspek juga tanpa berfikir panjang sanggup merempuh palang di plaza tol hingga menyebabkan cermin hadapan keretanya pecah. Adegan kejar mengejar ini berterusan hampir 1 jam. Akhirnya suspek berjaya ditahan dan dibawa ke IPK Pulau Pinang untuk siasatan lanjut.

5:08~7:33 (Chasing Proton Wira)
Seterusnya, Team Eagle (Malaysian police Evo 10) telah mengejar sebuah kereta Proton Wira Aeroback berdekatan plaza tol Juru, Pulau Pinang. Ketika kejadian, pemandu kenderaan terbabit kelihatan gelisah apabila polis mula memerhati mereka. Akibat panik, suspek terus memecut laju sebelum mula dikejar di lebuh raya Utara-Selatan.
Hampir 10km dikejar, akhirnya kenderaan suspek berjaya dipintas berdekatan susur tol Bertam. Setelah diperiksa, pihak polis menemui dadah jenis syabu di dalam kereta. Suspek cuba melawan, namun pihak polis berjaya menundukkan mereka. Pihak polis percaya suspek melarikan diri kerana dadah.

Lokasi : Pulau Pinang

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story