Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus – Hukum Sambut Hari Valentine



Video Ceramah Ustaz Azhar Idrus – Hukum Sambut Hari Valentine | Pada masa kini, masyarakat terutamanya dari golongan remaja gemar meraikan hari valentine bersama kekasih yang sememangnya tidak halal. Hari kekasih atau valentine’s day ini merupakan hari yang mana ia langsung bercanggah dengan ajaran Islam. ‘Berkasih sayang’lah  pada yang halal sahaja. Pihak JAKIM sendiri udah mengeluarkan fatwa bahawa meraikan hari valentine adalah haram. Jom ikuti video dan ulasan mengenai hari valentine oleh Ustaz Azhar Idrus.



Soalan daripada hadirin :

Ustaz, terangkan mengapa berlakunya valentine? Ramai orang Islam menyambutnya sedangkan tarikh itu ialah  paderi kristian.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus :

Valentine ini ialah hari upacara keagamaan krisitian. Hukumnya haram orang Islam menyambutnya, dan sambut sambil memuliakan hari valentine boleh menjadi kafir iaitu keluar daripada Islam. Hari ini ramai yang sibuk mengingati tarikh-tarikh seperti valentine ini daripada mengetahui tarikh-tarikh kuliah agama, tarikh ulama nak datang beri kuliah dan sebagainya.

Habis budak-budak IPT, budak-budak muda yang lalai meraikan hari valentine. Hukumnya haram. Nauzubillah.

Valentine ini, merupakan nama bagi iaitu Pedro St. Valentino. Beliau merupakan paderi yang haram bernikah di dalam agama kristian, tetapi dia bercinta dengan seorang kekasih yang bernama Isabella. Maka gereja-gereja seperti Eropah, Perancis, Sepanyol, United Kingdom, England membenarkan paderi tersebut berkahwin kerana beliau mempunyai jasa yang banyak iaitu berjaya memurtadkan satu juta orang Islam di Sepanyol untuk masuk ke dalam agama kristian.

Walaubagaimanapun, gereja di Rome, tidak bersetuju. Tetapi akhirnya Pedro St. Valentino bernikah Isabella walaupun dianggap berdosa tetapi kerana jasanya memurtadkan satu juta orang Islam, maka beliau dibenarkan bebruat demikian.

Beliau dinikahkan pada 14 Februari. Maka, kita diharamkan untuk merayakan hari tersebut.

Pengajaran – Sebagai orang Islam, kita sama sekali dilarang untuk merayakan atau menyambut hari valentine ini kerana kita sendiri sudah mengetahui sejarahnya secara ringkas. Semoga video ini dapat membantu kita untuk memahami serba sedikit mengenai hari yang menjadi ikutan remaja pada masa kini. Maka katakan tidak pada Valentine! Sumber: melayukini.net 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story