Aaron Aziz bakal menjadi DJ Era kendalikan segmen cinta

Fuh, 1 juta. Kalau tahun lepas Facebook Lisa Surihani berjaya mencapai angka keramat ini, kali iniFacebook Aaron Aziz telah join the millionaire list. Setakat entri ini ditulis, sudah 1,101,740 LIKE yang diterima. Mantap kan?



Dan ada berita baik untuk mereka yang menggilai Aaron Aziz, menurut Kosmo, Aaron Aziz bakal mengendalikan segmen Dr. Love di radio Era tidak lama lagi. Kata Aaron:-
Saya ditugaskan mengendalikan slot bersama peminat itu setiap hari minggu dari pukul 9 hingga 10 malam. Melalui slot itu peminat boleh telefon dan berkongsi mengenai masalah hubungan cinta mereka kepada saya. Saya akan cuba menjawab apa yang ditanya mereka sebaik mungkin.

Apa pun sejak menjadi artis naungan Astro ini, semakin banyak rezeki yang diterima oleh Aaron Aziz. Abang Nara sebenarnya tak sabar nak tunggu lakonan Aaron dalam KL Gangster 2. Nak tengok kesinambungan apa yang terjadi kepada Abang Long kita seorang ini.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story