Cicak Gergasi Berharga RM 1 juta Sekilo



a

Reptilia dari Sabah dipercayai mampu mengubati penyakit HIV/ AIDS

NUNUKAN, Kalimantan – Seorang pemuda Malaysia di Kalabakan, Sabah mendakwa dia telah menemui seekor cicak gergasi seberat 64 kilogram di kawasan hutan sempadan dengan Kalimantan, Indonesia lapor akhbar Tribunkaltim.com semalam. Penemuan itu diceritakan oleh seorang lelaki yang cuma mahu dikenali sebagai Arbin dan tinggal di Kalabakan sempat merakamkan gambar cicak raksasa tersebut.Menceritakan mengenai penemuan luar biasa itu, Arbin memberitahu, pemuda itu menemui reptilia unik tersebut semasa keluar mencari cicak di hutan berkenaan.
“Kegiatan mencari cicak sememangnya popular di sini (Tawau). Saya juga ikut ke hutan dengan tujuan sama,” kata Arbin yang ditemui di Tawau pada Isnin lepas. Semasa keluar memburu itulah pemuda itu secara tidak sengaja menemui cicak bersaiz raksasa itu. “Pada awalnya pemuda itu terkejut dan agak takut kerana saiz cicak itu seperti buaya. Setelah mendekatinya, ternyata ia cuma seekor cicak dan ia tidak dapat bergerak kerana terlalu besar. “Dia kemudian membawa cicak itu pulang,” tambah remaja berkenaan.Menurut akhbar itu, pemuda itu memelihara cicak gergasi tersebut di rumahnya dengan memberi reptilia itu makan daging terutama hati ayam supaya ia tidak mati.
Masyarakat di Indonesia, Thailand dan Cina percaya cicak tersebut mampu mengubati peyakit Aids/Hiv dan ini menyebabkan harganya melambung. Sejak berita cicak luar biasa itu tersebar pemuda itu pernah ditawar dengan harga RM 2 juta seekor, tetapi beliau tidak mahu menjualnya kerana menunggu harga yang lebih tinggi.Walaubagaimana pun cicak tersebut telah dijual dengan harga RM 1 juta sekilo, ini bermakna harga cicak gergasi itu nilainya RM 64 juta (= 64 kilogram)
Abu Luqman , sekarang ini macam macam kepelikan telah keluar di atas muka bumi ini. Ini menunjukan akan kekuasaan Allah semoga kita lebih bertaqwa

sila layari http://www.kachipemas.blogspot.com/

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story