Dress Pelajar Terlalu Kurang Sesuai Untuk Dipakai Di Kafeteria Universiti


Memang terlampau kurang sesuai...


" />

Catherine Vandareva, Peninju Tercantik Dan Juara Dunia Muay Thai


Catherine ini adalah seorang model serta seorang peninju dalam kategori 'Muay Thai'. Dan kini dia adalah pemenang gelaran Juara Dunia. 













zZz Paling Teruk Di Dunia


Ibu ini bernama Christine Warner yang mempunyai 2 orang anak dan tinggal bersama dengan neneknya pada usia 87 tahun. Apa yang menjadikan dia begitu teruk adalah keadaan rumah dia. Cuba tengok macam mana dia menjaga rumahnya. 








Gadis Cute Idola Baru Remaja Di Jepun

Oku Manami atau biasa dipanggil Maachan atau Manamana, Lahir 22 November 1995 di Tokyo, Jepun. Dia adalah seorang penyanyi idola Jepun. Ia merupakan bekas anggota pasukan B dari kumpulan idola Jepun AKB48, dan merupakan salah satu anggota subgrup Honegumi dari AKB48 tahun 2007.

Tahun 2010, ia berperanan dalam dorama Majisuka Gakuen, sebagai Manamana. Tahun 2011, Oku Manami mengumumkan pengunduran dirinya dari AKB48 dalam sebuah pentas kelulusan tarikh 8 April. Dalam blognya dia menyatakan akan lebih fokus pada pelajaran. Ia berjanji kepada para penggemarnya bahawa ia akan kembali lagi dalam dunia hiburan.

Gadis 16 tahun ini ternyata suka menonton filem seram. Menurut beberapa, walaupun dia sering menonton sampai nangis ketakutan. Walaupun demikian film horror tetap menjadi genre filem kegemarannya.















Wanita Ini Samakan Pakaian Wanita Islam Dengan Kostum Batman




Sebuah majalah yang berpangkalan di New York, VICE baru-baru ini telah menerbitkan sebuah artikel yang dianggap telah menyinggung perasaan wanita Muslim. Artikel yang dikarang oleh wakil editor fesyen, Annette Lamothe-Ramos itu menceritakan mengenai pengalamannya memakai hijab (pakaian wanita muslim + purdah) selama satu hari mengelilingi bandar New York.

Dalam artikel yang ditulisnya, semasa dia memakai pakaian seperti yang dipakai kebanyakkan wanita Muslim itu dan mengelilingi tempat-tempat awam di bandar New York, kelihatan ramai orang yang takut akan dirinya ketika itu, malah anjing perliharaannya juga takut semasa dia mengenakan pakaian tersebut.

Ayat yang membuat kan umat Islam tersinggung terutama sekali golongan wanita Muslim ada lah semasa dia berasa dirinya seakan-akan Batman apabila mengenakan hijab. Dia juga mendakwa pakaian tersebut membuatkan dirinya berasa sangat tidak selesa dan menyebabkan dia berpeluh dengan banyak. Kata Annette lagi, apa yang bagus mengenai pakaian ini ialah anda tidak perlu lagi menggunakan payung sekiranya hari hujan.

Artikel yang ditulisnya mendapat banyak komen-komen negatif dari para pembaca. Kebanyakkan mereka memberitahu bahawa artikel yang ditulisnya telah mengguris hati dan perasaan wanita Muslim. Annette juga dikatakan sebagai seorang yang tidak sensitif dan memiliki perasaan kerana secara semberono mengatakan pakaian wanita Muslim menyerupai kostum Batman.

Walaubagaimana pun, di bahagian akhir artikel nya, dia menegaskan yang hasil daripada 'eksperimen' nya itu, dia mampu mempelajari untuk lebih menghargai wanita yang memakai hijab dan purdah - Daily Mail








p/s : Kalau korang nak baca artikel yang minah ni tulis, boleh baca kat sini - VICE 

Pekerja 7-Eleven Bermesra Dalam Kedai 7-E

Kes ini berlaku di Singapura di mana pekerja sini bercium dan berpeluk dengan pasangannya. Mereka melakukannya di tempat semua manusia boleh lihat dari luar.  





Pencipta Bateri Hibrid Meninggal Dunia Di Detroit

Pencipta Bateri Hibrid Meninggal Dunia Di Detroit

DETROIT – Pencipta yang membangunkan sel bateri yang digunakan untuk kenderaan hibrid, Stan Ovshinsky meninggal dunia di rumahnya pada usia 89 tahun di pinggir bandar Detroit akibat menghidap kanser.
Ovshinsky yang mengusahakan syarikat pembangunan bateri kereta, Energy Conversion Devices juga mencipta mesin yang dapat menghasilkan kepingan panel tenaga solar sepanjang 14.5 kilometer bertujuan menjana kuasa lebih murah dan bersih ke kediaman serta bangunan perniagaan. Anak lelaki beliau, Harvey Ovshinsky, berkata bapanya bukan saja teruja tentang penemuan sains dan tenaga alternatif, juga peka terhadap hak asasi manusia dan kesan sosial.
Harvey berkata, bapanya meninggal dunia akibat mengalami komplikasi kanser prostat di rumahnya di Bloomfield Hills, di sini, Rabu lalu.
“Beliau adalah individu yang menghabiskan zaman muda dan hidupnya untuk mengubah dunia,” katanya. – AP

AES Berjaya Di 90 Negara Di Seluruh Dunia

AES Berjaya Di 90 Negara

KUALA LUMPUR – Pemasangan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di 90 negara di seluruh dunia terbukti berjaya mengurangkan kadar kemalangan di antara 40 sehingga 60 peratus.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, kerajaan telah menjalankan kajian selama 10 tahun sebelum memutuskan untuk melaksanakan sistem berkenaan di negara ini.
Oleh itu katanya, kerajaan tidak berhasrat untuk mengkaji semula penggunaan sistem berkenaan walaupun mendapat tentangan daripada sesetengah pihak.
“Saya telah jelaskan dan ingin tekankan sekali lagi bahawa kerajaan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk melakukan kajian dan menangguhkan pelaksanaan AES.
“Kami telah melakukan kajian hampir 10 tahun dan sistem ini terbukti berjaya di 90 negara luar. Selain itu, kami juga menerima reaksi positif daripada majoriti pengguna jalan raya yang mahukan AES dilaksanakan kerana tidak gembira dengan sikap buruk pengguna jalan raya lain,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Sebanyak 831 lokasi hitam kemalangan bakal dilengkapi (AES) termasuk 14 lokasi yang telah beroperasi sejak 23 September lalu dan lokasinya ditentukan berdasarkan data kemalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Dalam pada itu, Cho Ha turut menolak dakwaan bahawa kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk memasang dan melaksanakan sistem tersebut.
Katanya, kerajaan tidak mengeluarkan satu sen pun kerana sistem berkenaan dikendalikan oleh syarikat konsesi yang diberi tanggungjawab selama lima tahun.
“Selepas habis tempoh lima tahun, syarikat tersebut akan menyerahkan semua kamera, kenderaan, termasuk peralatan di pusat operasi,” jelasnya. -UtusanMalaysia

KADS1M Bukan Untuk Bermewah


KADS1M Bukan Untuk Bermewah
BANGI – Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pelajar institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/S) yang menerima Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) diingatkan supaya tidak bermewah-mewah dan menggunakan kemudahan itu dengan sebaiknya.
Menurut beliau, dengan adanya KADS1M, golongan berkenaan akan mendapat faedah sepanjang tempoh pembelajaran mereka.
“KADS1M bukan kad yang menawarkan mata ganjaran, sebaliknya untuk mendapatkan diskaun semasa transaksi pembelian.
“Mereka hanya perlu tunjukkan kad berkenaan bersama kad pelajar atau kad pengenalan,” katanya menerusi teks ucapan yang dibacakan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abdul Ghafar Mahmud pada majlis penyerahan KADS1M di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) di sini, semalam.
Menurutnya, pelajar harus menggunakan kad tersebut sebaik-baiknya demi kebaikan.
“Gunakan ia untuk mendapat pulangan setimpal dengan pelaburan yang dilakukan. Ini supaya setiap sen yang dibelanjakan boleh memberikan hasil yang diharapkan,” katanya.
Sementara itu, beliau turut menekankan aspek kerjaya sebagai guru bukanlah pilihan akhir dengan melancarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2015-2025).
“Ini bertujuan bukan sahaja memastikan pencapaian pendidikan dalam kalangan pelajar tetapi untuk mengembalikan kegemilangan kerjaya guru yang merupakan insan penting membentuk generasi masa depan,” katanya.
Timbalan Perdana Menteri turut menyarankan untuk pimpinan IPGM melakukan penambahbaikan secara berterusan.
“Ia merangkumi sistem pengurusan, pentadbiran, modul latihan, kemudahan prasarana dan sebagainya. Ini secara tidak langsung akan mewujudkan satu persekitaran kerja yang kondusif dan terbaik terutama bagi warga kerja IPGM dan persekitaran pembelajaran yang selesa kepada siswa pendidik,” katanya.
Menurut beliau lagi, perkara itu perlu dilihat supaya matlamat untuk melahirkan warga pendidik yang berkualiti dan terbaik mampu dicapai. – SinarHarian

61 Kes Lori Lebih Muatan Didakwa – SPAD


61 Kes Lori Lebih Muatan Didakwa - SPAD
KUALA LUMPUR – Sebanyak 161 kes membabitkan kesalahan lori lebih muatan telah didakwa antara Januari dan September lepas, demikian menurut Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Dalam kenyataan yang dikeluarkan SPAD hari ini, daripada 161 kes yang didakwa itu, sebanyak 12 kes telah dilepaskan tanpa dibebaskan manakala 10 kes dikeluarkan waran tangkap dan selebihnya disaman.
Lebih 70 peratus kes yang didakwa adalah berhubung membawa lebih 50 peratus muatan yang dibenarkan.
Menurut SPAD, kes muatan paling tinggi sehingga kini adalah 138 peratus melebihi muatan.
Bagi mengatasi masalah kerosakan jalan raya dan kemalangan yang berpunca daripada lori lebih muatan, satu pekeliling berhubung muatan lori yang dibenarkan dibawa di atas jalan raya akan berkuat kuasa mulai 25 September ini. – BERNAMA

Alat Mainan vibrator Sangkut Dalam Usus Lelaki


Alat Mainan Seks Tersangkut Dalam Usus Lelaki
SHANGHAI – Seorang lelaki terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mengeluarkan alat permainan seks yang tersangkut di dalam ususnya selama lima hari.
Media kerajaan berkata, kes begitu semakin meningkat menunjukkan penerimaan orang ramai yang semakin bersifat terbuka terhadap seks.
Doktor di Hospital Zhongshan di sini, mengeluarkan dildo sepanjang 23 sentimeter daripada usus lelaki berusia 30 tahun itu menggunakan endoskop.
Doktor, Yao Liqing berkata, “Sekiranya kami tidak mengeluarkan dildo itu pada masanya, keadaan pesakit boleh kritikal.”
Objek itu menyekat usus besar lelaki itu menyebabkan kerosakan tisu.
Sekiranya prosedur itu gagal, doktor mungkin terpaksa melakukan pembedahan, kata Doktor Yao seperti yang dipetik oleh akhbar Shanghai Daily.
Kedai menjual alat seks dan kontraseptif biasa terdapat di bandar di China, di mana kebebasan seksual dan budaya konsumerisme semakin berleluasa di dalam negara yang diperintah komunis ini.
Akhbar itu berkata, pengamal perubatan memberi amaran kepada orang ramai untuk menurut cara yang betul ketika menggunakan alat permainan seks. – AFP

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story