JOM TENGOK!!PENDAPATAN TOP SUPERMODEL PEROLEHI


Top Supermodel Peroleh RM456 Juta Setahun 565x329 Top Supermodel Peroleh RM456 Juta Setahun!
Nampaknya Pengarah Filem yang dikatakan kaya raya seperti Steven Spielberg atau pelakon Hollywood terkenal, Johnny Depp perlu menukar profesion masing-masing untuk menyaingi para jelitawan supermodel yang menjana pendapatan yang jauh lebih besar dari mereka.
Ini memandangkan Depp hanya berjaya mengumpul sebanyak RM300 juta setahun dan Spielberg pula hanya sebanyak RM240 juta sahaja berbanding supermodel terkini paling top dari Brazil, Gisele Bundchen, yang menjana sebanyak RM456 juta setahun.
Gisele yang juga merupakan bekas kekasih pelakon digilai ramai, Leonardo Di Caprio, berada di kedudukan ranking paling atas supermodel yang menjana pendapatan paling banyak menurut laporan yang dipetik dari sumber Dailymail.uk.com.
Rangkaian sandalnya, Ipanema, sahaja berjaya melonjak kekayaan dirinya sejak tahun 2001 lagi apabila terjual sebanyak 250 juta pasang hanya pada tahun 2010 dan belum lagi dikira dengan kejayaan produk penjagaan kulit, Seeja, hartanah di Brazil dan rangkaian hotel miliknya.
Kedudukan kedua dan ketiga pula adalah menjadi milik Tyra Banks dengan memperoleh RM271 juta setahun serta Christie Brinkley berpendapatan sebanyak RM242 juta setahun.
Supermodel terkenal, Kate Moss pula berada di kedudukan yang ke empat dengan pendapatan sebanyak RM238 juta setahun manakala Heidi Klum pula berada di tempat kelima dengan memperoleh RM214 juta setahun.
Linda Evangelista, 22, supermodel yang hanya berkedudukan di tempat ke 17 dari kalangan 20 supermodel yang tersenarai berkata bahawa mereka tidak akan terima mana-mana tawaran yang berharga di bawah RM47,500 sehari.
“Kami tidak akan bangun dari tidur sekiranya ditawarkan bawah RM47,500 sehari,” katanya.
Berikut adalah senarai penuh top supermodel berserta pendapatan mereka;
1.Gisele Bundchen, Brazil, RM456 juta
2.Tyra Banks, Amerika Syarikat, RM271 juta
3.Christie Brinkley, Amerika Syarikat, RM242 juta
4.Kate Moss, United Kingdom, RM238 juta
5.Heidi Klum, Jerman, RM214 juta
6.Elle Mcpherson, Australia, RM181 juta
7.Claudia Schiffer, Jerman, RM167 juta
8.Naomi Campbell, United Kingdom, RM148 juta
9.Milla Jovovich, Ukraine, RM109 juta
10.Adriana Lima, Brazil, RM105 juta
11.Daria Werbowy, Ukraine, RM90 juta
12.Helena Christensen, Denmark, RM86 juta
13.Natalia Vodianova, Rusia, RM71 juta
14.Doutzen Kroes, Belanda, RM62 juta
15.Eva Herzigova, Republik Czech, RM62 juta
16.Christy Turlington, Amerika Syarikat, RM52 juta
17.Linda Evangelista, Kanada, RM52 juta
18.Cindy Crawford, Amerika Syarikat , RM52 juta
19.Carolyn Murphy, Amerika Syarikat, RM48 juta
20.Stephanie Seymour, Amerika Syarikat : RM48 juta

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story