Hati-Hati Panggilan Palsu Pos Malaysia



KUALA LUMPUR – Pos Malaysia Bhd. (Pos Malaysia) meminta orang ramai supaya berhati-hati terhadap satu aktiviti penipuan dengan menggunakan nama organisasi tersebut.
Pos Malaysia melalui satu kenyataan media memberitahu, pihaknya menerima beberapa aduan pelanggan mendakwa dihubungi pihak tertentu yang menyamar sebagai kakitangan Pos Malaysia.
“Individu tidak bertanggungjawab ini meminta pelanggan memberi maklumat peribadi mereka kononnya untuk menguruskan penghantaran dokumen penting termasuk dokumen yang dihantar oleh Mahkamah Tinggi,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, Pos Malaysia tidak pernah meminta maklumat seperti itu daripada pelanggan mereka untuk urusan surat daripada pihak mahkamah malah tidak pernah diberi kuasa untuk berbuat demikian.
Justeru, kata kenyataan itu, orang ramai yang menerima panggilan seperti itu diminta supaya berhati-hati dan menghubungi Khidmat Pelanggan Pos Malaysia di talian 1-300-300-300 untuk membuat semakan jika perlu.
“Mereka yang telah menjadi mangsa kepada kegiatan ini diminta melaporkannya kepada pihak polis,” tambah kenyataan itu.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story