Luna Maya sibuk projek 2012


JAKARTA: Kedatangan tahun baru 2012 membawa bersama sejumlah rancangan untuk Luna Maya.
Walaupun masih dibayangi skandal video seks dengan Ariel Peterpan, Luna tetap tabah dan bercadang menerbitkan single terbaru, selain menjayakan filem pendek.
Turut tersenarai, dia mahu menjadi sutradara.
“Saya mempunyai projek berterusan supaya peminat tetap mengingati saya,” katanya kepada media, semalam.
Bagaimanapun, Luna mengakui dia enggan terlalu fokus kepada bidang nyanyian. “Saya mahu lebih tumpukan bidang lakonan filem dan sinetron, manakala nyanyian sebagai aktiviti sampingan,” katanya.
Tahun ini juga bakal menyaksikan filem terbaru Luna, Ada Histeria, ditayangkan. Mengenai tarikh tayangan filem itu, Luna enggan menjawab.
“Masih dirahsiakan,” katanya. – KL
sumber: hmetro.com.my

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story