Mamat Sepah Nyaris Kena Pukul, Calit Kek Muka Pengantin?


Mamat Sepah merupakan seorang pelawak yang muncul menerusi program Raja Lawak Astro bersama kumpulannya Sepah. Setelah keluar dari kumpulan Sepah, Mamat Sepah acapkali diselubungi kontroversi demi kontroversi.





Terbaru, dua gossip melanda diri beliau. Yang pertama bermula dari kes mencalitkan kek ke muka pasangan pengantin baru dan juga kes nyaris dipukul akibat membawa motorsikal berkuasa tingginya ke kawasan perniagaan di Johor Baharu.

Wartawan segera menemubual Mamat Sepah untuk mendapatkan kepastian berikutan gossip mencalitkan kek keatas pasangan pengantin baru..


Saya tidak faham macam mana boleh timbul isu mengenai kenduri kahwin itu sedangkan, ia telah setahun berlaku. Majlis itu membabitkan kaum keluarga saya.

Kami memang keluarga ‘gila-gila’, benda itu (mencalit kek) tidak menjadi isu pun dan tiada sesiapa yang marah pun.

Berkenaan dengan isu nyaris dipukul berikutan membawa motorsikal berkuasa tingginya di kawasan perniagaan di Johor Baharu pula, jawab Mamat Sepah;


Demi Allah saya tidak pernah buat perkara itu. Gosip saya naik motosikal Sportbike (di kawasan perniagaan di Johor Bahru) dan ada orang nak pukul memang tidak berlaku. Ia memang mencemarkan maruah saya.

Memang saya ada sportbike. Satu-satunya pelawak dari Johor Bahru yang ada motosikal itu hanya saya tetapi perkara (gosip) itu tidak pernah berlaku. Kalau saya balik Johor Bahru, saya selalu lepak di Singapura atau tinggal di rumah sahaja.

Dalam pada itu, Mamat Sepah akui gossip sedemikian boleh menjejaskan periuk nasinya dan beliau berharap ianya segera dihentikan.

Mamat juga mendakwa mempunyai satu perniagaan kecil di Johor Baharu yang mana mampu menampung kehidupannya semasa ketiadaan tawaran berlakon dan majlis.

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story