Permohonan faraq Joy Revfa ditangguh - Shah Alam


SHAH ALAM: Mahkamah Rendah Syariah di sini, hari ini, menangguhkan permohonan faraq (perpisahan sementara) yang difailkan usahawan kosmetik, Joy Revfa dengan suaminya, penyanyi Hafiz Hamidun.
Hakim Syarie, Muhamad Hisyam Zakaria, menangguhkan permohonan itu selepas dimaklumkan peguam syarie, Aznor Suhaida Dolah, yang mewakili Joy, bahawa anak guamnya mempunyai kes permohonan pengesahan pernikahan dengan suami terdahulu di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.
Aznor turut memberitahu permohonan pengesahan nikah membabitkan Joy atau nama sebenarnya Siti Arifah Mohd Amin dan bekas suaminya, Datuk Ray Imran akan dibicarakan pada Selasa hadapan.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 9 November ini untuk sebutan semula kes.
Sementara itu, peguam syarie Azmi Mohd Rais yang mewakili Hafiz, memberitahu mahkamah pihaknya sudah menerima saman dan penyata tuntutan daripada pihak plaintif (Joy), pada 12 September lalu.
“Penyata tuntutan bertarikh 18 Ogos itu sudah diterima secara serahan tangan daripada peguam plaintif pada jam 11 pagi,” katanya.

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story